Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Monday 24 May 2010

~Nak Pitam lak~

Pagi ni saya terjaga jam 6.00 am...perut terase lapar lak. Ambil masa beberapa minit untuk hug n kiss my both childrens. Cepat-cepat menuju ke bilik kecil di hujung dapur bagi menunaikan hajat seterusnya menunaikan solat Subuh.
Kenapa rase macam nak pitam jer nih!
Nak bancuh teh n milo pun terbongkok-bongkok takut tombang jer nih. cepat-cepat saya duduk. Makan roti Daily Fresh cicah milo...biasa boleh habis 3 keping..ni 1 keping pun x larat rasenya, tapi habiskan gak. Cepat-cepat habiskan milo gak. Bancuhkan susu untuk anak lak, sebelum depa minta biasa saya dah buatkan, nak tunggu depa mintak memang x tentu.. kang time nak saya nak mandilah baru mintak, so adalah lebih baik saya siapkan awal2.
Terlintas di hati terasa malas nak ke tempat kerja...x kanla nak cuti lagi..boss marah lak kang.. lagipun ari Sabtu dah nak mintak cuti nak hantar mak gi jemputan kahwin kat KL... kuatkan hati n kuatkan kaki untuk g mandi n seterusnya berjuang lagi ke tempat kerja. nah saya berjaya... tapi kepala still pening2 lalat nih, tekak rase x selesa yg amat.. sekejap lagi kul 11 pagi nak tengok lauk kat kedai bawah ni... rase lapar ade, rase nak tido ade, macam-macamla ragamla saya nih.

saya:terima dugaan ini dengan sabar...

Sunday 23 May 2010

Nak Maafkan ke X

N3 ni ade emo sikit... maklum kaum hawa memang emo tapi undercontrol by my sweetheart. hopela cam tuh...

hmmmm... camner nak start ni... no idea lak

Saya nak tye kawan-kawan la kan, kalo marah sangat tahap gaban, hati sakit macam kene tusuk sembilu (kalo x tau sembilu tu ape... tusuk belati tajam bekilat tu ) kan, kawan-kawan rasa masih bolehkah kita mengawal perasaan kita, maksud saya mampu x kita menahan marah? menahan diri dari menghina pesalah? menahan nafsu amarah dengan memburukkan / mencaci pesalah? atau mungkin mengungkit kisah silam pesalah?

Mungkin kawan-kawan tanye... tengok atas ape kesalahan pesalah la kan, sama ada besar ke kecil ke salah tu... bagi saya besar ke kecil ke salah tu salah tetap salah, itu antara dia dengan Allah... kalo salah dengan manusia kene minta maaf dengan manusia, kalo salah dengan Allah kena TAUBAT, mohon kempunan NYA. Allah Maha Pengampun...

Kita sebagai manusia memang x de hak nak hukum orang sesuka hati, hakim pun hukum berdasarkan undang-undang, x boleh suka-suka hukum maaa, kene ade bukti sahih, saksi dan macam-macam... kalo pesalah terlepas di dunia, di akhirat tidak akan terlepas la.... percayelah... so kita kenapa nak marah lebih2 lak, balasan Allah tu tetap akan ade.. Allah x akan mungkir janji.

Lagi satu pernah dengar ' alangkah Nabi ampun kan umatnya ', lagi kite yg dah tentu-tentu pun banyak buat salah kat orang lain... kita bukan maksum... sakit hati, marah tu memang la, tapi tolong jangan cakap macam nila
" saya x akan ampunkan sampai bile-bile pun " once bile kita dah set kat mind, dah cakap lak macam tu, memang akan kita buat... last-last hati x kan tenteram, yelah itukan dah macam dendamkan, saya pernah dendam dengan orang dulu, memang rase jiwa ni x tenteram, gelisah pastu hati jadi jahat, busuk, nak wat ape pun x best, mcm ade bebanan hutang, sakit jiwa saya masa tu, pastu bile saya muhasabah diri, perlahan-lahan saya maafkan n lupakan, hati saya jadi tenang-setenangnya air di kali. Alhamdulillah, sekarang kalo saya marah kat orang memang saya akan marahla mula-mula tu, kalau mampu saya tegur saya tegur kalo x saya halalkan n lupakan, malas nak fikirkan lebih-lebih. anggapla itu ujian Allah jer.
kan lebih baik kalo cakap
" hanya Allah yg boleh membalas segala perbuatan ko tu " kan lagi ok bile sebut nama 'Allah' je kan hati jadi kecut... nak marah lebih2 pun x jadi...

Lagi satu nak ingatkan ni, kalo marah kat pesalah, marah jelah kat pesalah tu, janganlah marah ibubapa, keluarga pesalah lak... apehal... kerana nila setitik rosak susu sebelanga... apehal lagi...

Lagi satu kenapa masih ade para ibu-bapa yg kononnya dah mendidik anak dengan ilmu agama tapi mereka sendiri tak mampu memaafkan kesalahan orang lain...itukah didikan dalam Islam, Allah n Nabi ade ke suruh ibubapa ajar anak jangan maafkan kesalahan orang lain????

Tau x dengan x dapat memaafkan kesalahan orang lain... seolah-olah kita x redha dengan ketentuan Allah, ape maksud kita x redha... kita macam melawan takdir tau... kita x nak orang buat kita marah, kita nak kesempurnaan hidup saje, kita nak orang buat baik2 je pada kite. Sedangkan sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah! ujian Allah, Dugaan Allah, semuanya datang dengan takdir Allah!!! Allah tu Maha Berkuasa!!!! tau x nie....

wah emosional nya saya. saya nak stop kan n3 ni dah.
Nampaknya saya dalam keadaan marah ni... iye...saya marah... marah tu boleh tapi berpada,
Marah bile tengok kekufuran n benda-benda yg dilarang dalam agama tu memang boleh.
Marah anak2 pun boleh, sebab kita ade kuasa nak marah depa tu... chehhh sendiri pikirla... malas dah nasihat lebih-lebih, saya pun bukan baik sangat pun...



Saturday 22 May 2010

Hari Sabtu Yg Happy

Usai solat fardhu Subuh, saya buka tingkap macam biasa, bagi udara pagi masuk dalam umah, segar dia lain kalo pepagi ni terasa nyaman jer, pagi ni nampak cuaca baik...skang ni dah kul 8.41am mentari mula menyinari dengan sinaran yg smooth jer.... cantik jer pemandangan pagi ni.
Tu yg buat jiwa saya happy selepas sejak 2 menjak kebelakangan ini beberapa masalah timbul.

Dengan hati yg happy tu juga saya melawat anjung umah, ya Allah! banyaknya kelkatu...tapi dah tinggal sayap jer, tubuhbadan dah kene kidnap dengan semut atau pun ayamla tuh, semalam lagi banyakla, sebab semalam hujan waktu petangnya... disamping sayap kelkatu terdapat juge lautan semut, semut yg kalo gigit gatal sangat tu. Apalagi saya terus mencapai ridsect lalu menyembur ke arah semut itu, lalu bergelimpanganla mereka, x gerak2 lagi. jadi pembunuh saya pagi tu, ishh pembunuh semut jela...

Ambil masa 30minit juga operasi saya mendisposekan semua mayat semut dan sayap kelkatu tu... seronoknya rasa bile tengok anjung dah kembali ceria. Tika n saat itu putra-putri saya masih lagi diulit mimpi... apalagi saya dengan rajinnya menjadikan nasi putih semalam yg x habis sebagai nasi goreng... Tengok-tengok jam... alamak dah jam 7.30pg... belum mandi lagi... tengok-tengok bilik, depa dah bangun dah... terus saya buatkan susu depa, lalu saya g mandi n bersiap untuk ke tempat kerja. Mood anak2 ok je pagi ni...Alhamdulillah... b4 g kerja sempat pesan kat kakak ' jangan lupe minta nenek ambikkan nasi goreng, tadi mama ade masak nasi goreng tau'
Kakak jawab 'ok, mama masak ea'. saya anggukkan kepala. Nak tau saya ni jarang-jarang buat bekfest tuk anak2... x sempatla... alasan yg x konkrit...mane x sempat bangun pagi 6.30 pagi... bile nak tobat ni...

Saya:nak cube bangun kul 5.30pagi macam ibu-ibu lain. tunggula anak sekolah tahun 1. heh

Friday 21 May 2010

Kalau suami saya curang

Bile baca tajuk n3 ni, cepat-cepat saya berdoa dalam hati
"YaAllah ampunkanlah dosa2ku, dosa2 suamiku, golongkanlah kami ke dalam golongan orang2 yg beriman ya Allah... Selamatkan suami dan anak2 ku, berilah kami kebahagiaan, kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat"
Kini saya jadi rajin baca doa ibu bapa yang Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Menurut kakak ipar saya bile kita baca doa ini serta merta siksaan kubur akan terhenti walaupun sesaat ia amat bermakna. Wallahualam..

Sebenarnya saya sangat simpati pada wife lelaki curang dalam n3 saya yg lepas tu, saya pun tak tahu macammana nak memberikan beliau semangat, beliau yg menghadapi pastila terasa sangat sakit, kecewa, terkilan, terluka dan bermacam lagi perasaan berbaur. Sungguh hiba hati saya saat membaca kiriman SMS beliau kepada saya, hati perempuan mana x sakit bila kepercayaan yg diberi dibalas dengan pengkhianatan?, kami orang perempuan hanya mampu mengalirkan airmata, adakala kita kuat, adakala semangat itu hilang entah ke mana hingga x tertanggung rasanya. Bayangkanlah sekelip mata semua ini terjadi, seperti tertikam rasanya...aaahhh saya pun x mampu membendung airmata juga nih... Apepun saya pastikan setiap lepas solat saya mendoakan agar Allah berikan kekuatan pada beliau. Saya x mampu buat apa-apa, melainkan kata-kata semangat saja yg boleh diberikan pada beliau.... Semoga beliau tabah....

Di sini ade beberapa tip bila kes macam tajuk kat atas terjadi ( x sanggup saya nak sebutnya)

  • Takut pada AllahBeringat-ingat ketika rumahtangga dilanda ribut. Ketika iman diuji, emosi bergoncang dan marah meluap-luap, beringatlah pada Allah dan nasihat Rasulullah.
  • Jangan dilayan nafsu amarah sehingga terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan suara isteri itu lebih kuat daripada suara suami ketika berbicara.
  • Jangan berdendam kesumat dengan suami kerana kesalahannya sehingga mengaibkan suami di hadapan ahli keluarganya dan orang lain.
  • Kemarahan itu adalah bara api dari neraka dan pada ketika itu, kita lalai dengan suruhan Allah, maka syaitan dapat mengalahkan kita. Mahukah kita menjadi sahabat syaitan?
  • Orang yang takut pada Allah tidak akan melakukan perkara yang akan mengundang kemurkaanNya.Berserah kepada Allah
  • Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan siapa pasangan hidup kita, dan Dia yang juga boleh memisahkan kita dari suami/isteri kita.
  • Ujian dalam rumahtangga sesuatu yang lumrah, kerana Allah akan sentiasa menguji pasangan yang berkahwin. Allah akan uji lebih-lebih lagi jikalau kita terlalu menggantung kebahagiaan kita pada suami/isteri dan kurangnya pada Allah swt. Syaitan pula akan sentiasa berusaha memisahkan pasangan suami-isteri, kerana kejatuhan sesebuah rumahtangga adalah kemenangan bagi syaitan yang berjaya menghasut.
  • Kalau masih boleh hidup bersama, banyakkan berdoa dan memohon bantuanNya untuk membina rumahtangga sakinah.
  • Jika diri sudah tidak mampu bertahan dan meneruskan hidup sebagai isterinya, berpisahlah dengan cara yang baik, dan percayalah bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tetap ada, mungkin akan digantiNya dengan yang lebih baik.
saya:muhasabah diri di kala dilanda dugaan hidup.





Thursday 20 May 2010

Berakhir sudah....

Saya nak sambung sikit pasal cerita semalam... cerita hubungan terlarang tu... bukan ape bagus untuk jadikan pengajaran kita bersama... saya pun x berani nak kutuk lelaki tu lebih-lebih.. mana tau terkena batang hidung sendiri, saya pun ade anak, adik beradik dan saudara mara kan. Semoga Allah Mengampunkan dosa-dosa saya. Amin... Jadinya saya menyeru rakan-rakan termasuk diri saya sendiri agar selalu berdoa agar ditetapkan iman, bacalah ayat-ayat pendinding macam ayat 3 KUL, ayat kursi, ayat seribu dinar, surah alfatihah pun boleh, insyaAllah kalau kita istiqamah mengamalkannya kita akan dilindungi Allah selalu. Saya pun bukanlah pandai sangat bab2 agama ni, tp x salahkan kita ingat-mengingatkan, kalau sayasalah pun tolonglah betulkan
ea, t.kasih daun keladi.
Cerita ni berakhir dengan penuh menyayat hati, Keluarga pihak wife telah datang ke rumah ibu lelaki itu bagi menyelesaikan kemelut yg melanda... saya x tahu butir perbincangan mereka, tapi yg pasti keputusannya adalah pihak wife meminta perpisahan, usia perkahwinan mereka baru seusia 3 tahun (kalau x silap hujung bulan ni lah annivesary meraka) tapi apakan daya perbuatan lelaki itu telah membunuh segala cinta n kepercayaan wife dia.
Kalau nak diikutkan wife dia ni dah banyak berkorban wang ringgit untuk dia, pun bukanla wife dia kongkong dia ke apa tp entahla.. malas dah nak cerita lagi... dah sedey dah. Nasi sudah menjadi bubur... semoga lelaki itu pulang ke pangkal jalan n insaf akan perbuatannya yg hanya merugikan diri sendiri.

saya:jadikan cerita ini sebagai pengajaran bersama...

Wednesday 19 May 2010

Andai Itu Takdirnya

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.... ungkapan ke peribahasa yg udah biasa kite dengar sejak dr perut ibu lagi... iyelah, betul... kite je x ingat....kuing (3X) Ungkapan tu mak kite lafazkan tatkala morning sickness melanda atau tatkala sarat tp still kene pi cari kayu api, noreh getah, angkat air dari perigi, memasak, membasuh bla..bla.. lebih-lebih lg dulu-dulu mana ade perkakas elektrik... atau mungkin juga mak kite lafazkan sejurus dady kite bertanya " sakit x beranak?".
Pengorbanan ibu memang tiada tandingnya... tapi kenapa sebagai anak ade sesetengah daripada kita sanggup membuat ibu kite menangis kerana sianak melukakan hatinya? kenapalaaa.
Malam td, saya telah dikejutkan dengan berita seorang lelaki yg saya kenali telah menconteng arang ke muka ke dua ibu bapanya, hingga mengalir airmata siibu ( saya terfikir bagaimana taraf anak itu? dah jadi mcm si tanggang kah?) lantas saya pun berfikir apakah saya pernah melukai hati ibu saya atau ibu mertua saya?
Saya pun terus terfikir lagi kenapa Allah telah mengambil nyawa ibu kandung saya ketika umur saya baru menjangkau 7 tahun, Dia mahu mengurangkan dosa-dosa saya barangkali... Jika ibu saya masih hidup tentu dah banyak dosa saya... Nauzubillah... Itulah hikmah yg selama ini saya x nampak dan rasai. Tapi kehilangan ibu tercinta masih tetap dirasai.

Dipendekkan cerita lelaki td tu dah berkahwin, punyai seorang anak, umur setahun, sangat comel... Cume kurangnya dia x dok sama dengan wife dia, wife dia seorang pensyarah susahlah nak transfer, tapi wife dia ni tetap ade berusaha untuk transfer untuk dekat dengan suami tercintanya. So wife dia dokla dengan parents dia di negeri kelahiran dia, si lelaki ni lak dok sensorang di negeri lain, so berlagak macam orang bujang pulakla...
Selama ni saya dengar cerita macam ni dalam metro, kat tv jer tapi ni depan mata, tepi telinga je... macam x percaya jer... pandai betul dia berlakon, hingga org sekelilingnya x dapat nak trace perangai sebenar dia.. tp sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua....nah sekarang semua orang dah tau..baru tau langit tu tinggi ke rendah ke... tp yg buat saya bengkek tu, muka dia Ya Allah... kalo UOL tengok pun geram... selamber rock je... buat muka x bersalah gitu... x de langsung tanda kekesalan.

Ntah syaitan iblis ape yg merasuk otak dia, hingga tergamak dia menduakan is3 nya dengan menjalin hubungan terlarang dengan pompuan yg wife dia kenali...
Pada saya biarlah dia buat jenayah lain merompak ke, jual dadah ke x pe tp kalo buat bende ni, hukuman setimpal adalah rejam sampai mati... itu hukum Islam tau jangan memain... kuman jahat dalam tubuh badan dia x boleh mati, selagi dia x mati kerana ditakuti bile dia buat hubungan dengan wanita lain kuman tu akan merebak dan merebak, tp bagi yg belum berkahwin kuman jahat tu akan mati bile kene rotan 100X ( kalau salah kenyataan saya ni minta betulkan ea, terima kasih )

Sekarang ni, belum tentu wife n her family akan maafkan dia n terima dia balik. Kalo setakat baru ader affair mungkin juga boleh diberi 2nd chance...tapi perbuatan dia amat melukakan hati semua org especialy wife n mak dia... hancur hati mereka
.

Saya masih terkedu saat ini, andai saya berada di tempat wife lelaki ini, mampukah saya terima dengan tabah dan redha? tepuk dada tanyala iman...

Tuesday 18 May 2010

~Dah Mula Dah~

Lupe saya nak bagitau hari tu masa gi scan kan-kan... doktor bagi ubat kuatkan rahim (UTROGESTAN) - makan sebiji 2 X sehari pagi n malam n ubat kuatkan kandungan (APO-FOLIC) - makan sebiji sekali pagi je ... Ubat-ubat ni insya Allah akan membantu saya dalam mempertahankan kandungan saya kali ini... kite cuba try test dulu... dah makan dalam 2 hari setengah... hari ni dah start muntah yg membawa maksud hormon baby semakin kuat dah... yg hari-hari lepas tu cuma rasa loya je tapi x sampai keluar isi tekakla... gitu rupanya... makna kalau kita pegnen kita mabuk, loya, muntah n yg sama waktu dengannya itu sebenarnya bagus untuk kesihatan baby kite... doktor cakap gitu... logik juga... Allah hendak beri kite rezeki yg x ternilai mestilah ade cabaran dan rintangannya kan-kan...

Monday 17 May 2010

Nasihat Buat Diriku

Hari ni kiter nak bagi sikit nasihat tentang pantang larang buat ibu-ibu hamil yer. Semoga kalian dapat mengikutinya hingga ke akhir rancangan...jangan ke mana-mana.....

Nasihat Am

1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam (untuk dapat anak soleh), Yusof (untuk dapat anak cantik fizikal n baik akhlaknya), Lukman (untuk dapat anak bijak n cerdik), Yassin ( supaya mudah nak deliver baby into this world nanti) dan sebagainya... semoga kita semua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh asben bacakan sambil pegang perut kite. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.

Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran. (doklah umah jer...huhuhu)


Banyakkan :-
1) Minumla susu, air kacang soya yg panas jer.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
3) Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya kaan beri nih) untuk penambahan darah

Amalan bile EDD dah time :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)

Buat diriku...Slamat menjalani rutin anda sebagai seorang yg skima dengan follow semua nasihat yg tersebut di atas. Good LUck!

Saturday 15 May 2010

Masih Ade Harapan Itu

Alhamdulillah....Hanya itu yg mampu saya lafazkan berulang kali. Saya sangat taksub dengan KeAgungan dan KeBesaran Allah Yg Maha Bijaksana... Sesungguhnya Dia Maha Penyayang dan Maha Pemurah...
Petang ni saya dengan sepenuh harapan dan kepasrahan telah melangkahkan kaki menuju Klinik Azlina & Surgery yg terletak di Bandar Batu Pahat. ( kenapa intro n3 ni skima ek... ntahla saya ikutkan jari saya ni je... dia yg taip camtu ^___^ )
Sebelum doktor panggil saya masuk, hati saya berdebar-debar yg amat, pelbagai rase x best mula menyerang jiwa raga saya... namun saya tabahkan hati ini... tabah ker? Insya Allah Taala.

Ok terus cerita masa doktor scan la ea... untuk jimatkan masa uol baca n3 ni...
Doktor : Pn... kandungan pn ni lemah... tgk tu ade 'fibrin layer'. cube pn tengok yg macam balloon kat dalam kantung baby puan nie... pn kene jaga-jaga nie.

Saya : Emmm... owhhh... tp baby saya ade lagi kan doktor...

Doktor : Ade lagi... cube tengok kat bawah ni... ha tengok dia ade bergerak kan...

Saya : Mane jantung dia doktor

Doktor : Kejap saya zoomkan, nampak x tu cam berkelip-kelip tu jantung baby la tu ea....

Saya : Habis... macam mane dengan pendarahan yang saya alami tu doktor?

Doktor : Nanti saya berikan ubat kuatkan kandungan n kuatkan rahimlah... pn makan sampai kandungan pn 16 minggu... pn kene banyak berehat, berhati-hati, jangan makan bende yg pelik2 la ea...

Saya : Berapa ukuran baby saya ni doktor...ok x dengan umur dia...

Doktor : Kalau ikut scan ni, saya dapat dah 10 minggu, ok ni...nanti saya printkan resultnyer ea

Saya : Alhamdulillah.... Ubat yg doktor nak bagi tu tahan berapa lama

Doktor : saya bagi untuk seminggu dulu... tengok macam mane boleh stop x darah tu... nanti boleh datang beli lagi kat sinila... ade baik kalau pn datang buat scan lagi sebulan lagi...

Saya : Terima kasih ea doktor...

Doktor : Sama-sama. Assalamualaikum...

Saya : Wa'alaikummussalam....

Saya pun melangkah kaki keluar dari bilik doktor dengan senyuman meleret untuk asben yg setia menunggu saya di luar... dia pun tahula kalau doktor x panggil dia masuk tu maksudnya, saya berkedaan ok... maka saya ceritakanla balik ape yg terjadi kat dalam bilik scan tu tadi, same sebijik macam saya cerita dalam n3 ni untuk tatapan uol....kuang ( 3X )

Saya : Bersyukur dalam Pasrah

Friday 14 May 2010

Morning Sickness???

Dah 2 - 3 hari ni Allah telah menduga saya dengan dugaan biasa buat pegnen woman seperti saya. Di ofis saya akan mula mengantuk bile jam menunjukkan pukul 10 am ke atas, x boleh tahan punye mengantuk... kalo boss x de memang boleh tidor tp kalo boss ade sampai pening kepala menahan penyakit tu woooo. Nak tau ape saya buat... pssttt ^^^^tido dekat tandas^^^^^... terpaksa dah darurat....
Dugaan ke-2 ialah tekak rase ade benda x sedap, benda asing yg melintang pada tekak ni amat membuatkan saya serba serbi x kene, kurang selesa gitu, nak telan airliur pun rase perit, pahit...susah nak explain... kalo nak tau cube jadi saya skrang... adoiyai...
Dugaan ke-3 pening kepala, terutama bile rase panas, mulala rase pening dan mengah ( x cukup nafas )

So, ari Sabtu ni nak g scan lagi... saya mohon kepada Allah agar Dia selamatkan anak dalam kandungan saya ini, namun hanya kepada Dia saya berserah, Dia Yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani hamba-hambanya.

Saya akan scan kat tempat doktor lain plak, sebab doktor yg masa memula saya bleeding tu diragui ketauliahannya dalam bab pegnen ni. Memang scan kat tempat dia murah yelah kat area pekan tempat saya tinggal cume tempat dia je yg ade scan ni ha, murah lak tu, saya pun ngetry la...
Bile saya ade baca forum dalam internet ni baru saya tau sepatutnya kes macam saya ni doktor tu kenela bagi ubat yg patut, saya pun manelah tau kan, kalaulah saya ade terbaca forum cam gitu awal2 dulu... x delah saya dalam penasaran kini. Serba salah pulak pada BABY.

Apapun terserah pada Allah. Tunggula ea hasil scan tu esok....

Tuesday 11 May 2010

Bile Irfan Bersiap

Sejak seminggu dua ni mama perasan jugak Irfan dah mula pandai menguruskan diri sendiri. Kekadang waktu mandi mama masih mandikan dia tp ade masa kalo mama cakap mama letih, Irfan akan mandi sendiri, siap sabun ala kadar dan gosok gigi, Irfan memang sangat suka menggosok gg, kadang tu setiap kali selepas buang air mesti nak gosok gg, penin kepala mama n nenek dibuatnya.

So bile dah siap mandi tu skarang ni dia akan masuk bilik, tarik laci baju dia dan mula mencari baju yang disukai atau kalo x de dia ambil saje ape-ape baju pun. Tapi kalo time mood x baik dia akan cari baju kesukaan dia ( baju doraemon - yg mama beli di pasar lambak dengan harga RM10 untuk 3 helai ) sungguh mama terharu. Terpaksa terangkan kat diala yg baju tu kotorla, masih basah n sedang dijemur di ampaian, kadang2 boleh terima kadang x boleh terima, mama biarkan sahaja... lambat laun dia akan pakai baju lain jugak.

Selalunya lama jugak dia bersiap kat dalam bilik, saje aje mama biarkan Irfan uruskan diri sendiri... kire-kire 15 min berlalu dia akan keluar sambil pegang towel untuk disidai pada kerusi, rambut telah tersikat rapi, memang kene puji dengan mama n kakak atau sesape yg ade kat luar bilik masa tu punye.

"encemnya Irfan, pandainya sikat rambut..."

Sukala dia, tersenyum lebar dia... karenah anak2 membuatkan mama kadang2 lupa masalah dunia...
ha... nila laci yg mama maksudkan, laci Irfan yg bawah sekali, laci ke 2 dari bawah tu kakak punye, yg 2 atas tu laci mama...


Monday 10 May 2010

Muhammad Irfan


Hari ni terasa nak cite pasal putraku yg sorang nih... Muhammad Irfan

Dia dilahirkan pd 25/1/2007 lebih kurang kul 10 mlm. Hari Khamis malam Jumaat. Beratnya 3.8kg (memang tembam dan comel sesangat)
Masih segar dalam ingatanku sebaik sahaja melahirkan dia, sewaktu nurse meletakkan dirinya ke atas dadaku... terasa sayu hatiku, bersyukur pada anugerah Tuhan yg x ternilai ini.
Masa melahirkan Nana dulu doktor x sempat nak letakkan atas dadaku atas sebab2 ade berlaku sikit komplikasi ( nanti aku citelah ) even aku pun x sempat susukan dia pun, sedihnya hanya Tuhan yg tahu...
Aku pun masih ingat masa Ayah dia mengazankan dia seolah-olah menjawab azan itu... betul ni aku x tipu... semacam ade bunyi dari mulut dia. Subhanallah...

So selepas nurse mandikan dia... dia pun dah hensem, nurse bagi aku untuk susukan dia, memang mudah n laju saja dia menyusu, kira-kira 10 - 15 minit juga dia menyusu, dia stop, aku dan dia sama-sama tertidor, aku tido kepenatan, dia tido kekeyangan... indahnya waktu itu, yang x indah adalah 2-3 jam sebelum itu... sakit bersalin sama seperti separuh mati ( ni yang buat aku takut nak bersalin lagi ) tp ade org tua-tua cakap bersalin macam mkn sambal belacan yg pedas dan sedap... bile makan terasa pedas tp nak makan lagi.
Masatu aku masih dalam labour room lagi. Pun masih segar dalam ingatanku lagi aku telah dijadikan bahan pembelajaran buat doktor-doktor pelatih ketika proses menjahit... malu dan terasa lame dan letih aku dibuatnye. Hingga asbenku merungut lama sangat... ape x dia pun dah nak pitam tengok itu darah...
Kire-kire jam menunjukkan pukul 12 tgh malam barulah aku dihantar ke wad postnatal... dan semenjak itulah Irfan x bangun-bangun hingga ke awal pagi, tidor dengan lena sedari labour room lagi... aku pulak risau nengok... kawan-kawan dia ade yg asyik2 terjaga, menangis saje, dia boleh tido saje, kawan-kawan seperjuanganku pun geram nengok si tembam itu pada ketika itu.


sekian, t.kasih

Sunday 9 May 2010

Dugaan Datang Lagi


Aku x pasti apekah aku aku akan keguguran lagi... Dah seminggu berlaku bleeding nih selepas 7 minggu disahkan positif pegnen. Hari Isnin (3/5/10) aku dah g wat USG dah. Masa tu dah bleeding la dalam 3 kali camtu... tapi alhamdulillah heartbib bb ade... berkelip-kelip camtu je x nampak ape-ape lagi, kantung n plasenta ada nampak juga. Tapi masa hari buat USG tu aku x bleeding lak, so doktor x bagi ubat menghentikan darah... aku pun lupe nak mintak. Doktor sarankan 2 minggu lagi datang buat USG lagi. Esoknya kat opis aku mula bleeding lagi tapi x banyakla... cuma cam flex gitu... hari-hari mesti kuar punye. Aku memang rase mood aku x menentu, mudah letih, x tahan lapar sangat, mual loya, mengantuk memanjang. Aku berharap bbku selamat, sempurna sifat dan akhlaknya... apepun ketentuan Allah aku kene terima, kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani... Amin...


Saturday 8 May 2010

Kemas Office

Hari rajin bagi diriku.... opismate nan sorang tu cuti, so tinggallah aku sensorang keje dihari sabtu ini. Kerje x brp nak byk... so dengan rajinnya aku mengemas dan memvakum opis ni... rase akula dah dekat sebulan x vakum ni... ( dah terpecah itu lobang )
Tapi rase malas bile nak vakum tangga yg berkarpet merah tu... x larat aaaa... esok-esok lak vakum tangga tu, skarang pun dah mengah ni... x cukup nafas dah... skarang ni aku mudah letih dan x tahan lapar, bile dari pagi x bekfest sampai kul 10 pagi x makan lagi memang rase cam nak pitam jer... tanda apekah itu... jeng-jeng.



Wednesday 5 May 2010

Sekadar Renungan

Mengajar tanpa amal bukanlah satu sifat terpuji. Ia hanya boleh menjadi satu ilmu semata-mata. Berkat? Entah! Malah Allah mencela mereka yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya.

Mengajak atau memujuk diri sendiri untuk melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi untuk menyeru mereka yang lain. Ia satu tugas yang sukar.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya [Surah As-Saff, ayat 1-3]

Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan.




Tuesday 4 May 2010

Cerita 2 May 2010

Seperti dijanjikanlah....

6.30 am - baru boleh celik mata....

7.00 am - dah start tolong mak kat dapor, buat air teh satu cerek besar.... bekfest pagi ni lontong, ade rendang ayam, sambal telor, sambal sotong, ayam goreng, kuah lodeh, sambal kacang (sumbangan dari makcik Zai ) sedap hingga menjilat bibir.

10.00 - perut dah kenyang... pegi kemas ruang tamu bersama anak2 sedara yg dah jadi anak dara

11.00 - mula buat air sirap, sejak itulah aku ambil tender buat air untuk hari itu... sampai kene gelakkan dengan makcik2 aku... cuba bayangkan kedaan hari tu memang panas... kalau aku x buat air, boleh kehausan dia orng tau... asal nampak aku buat air je mesti ade org order, lepas tu berapa banyak jag buat pun habis... kalau pakai dispenser kan senang... dah x de pakai jag jelah...

12.00 - kacau/tolong makcik Zai n makcik Lela masak kat belakang.
menu hari tu :
1. kari ayam n roti canai segera ( untuk dihidangkan kepada tetamu yg membaca yassin ) x de makan nasi... makan roti canai n kuih muih je... nasi dibuat bungkusan... stail baru org kgku.

2. Sambal tumis - untuk dimakan bersama roti canai juga

3. Sambal goreng jawa - wajib ade kalau buat kenduri

4. Mee goreng

5. Sayur kacang panjang berlada

6. Ayam masak merah

dah.

Xtvt lain menghidang makanan untuk tengahhari, membungkus berkat/bungkusan, dan berborak dan makan-makan-makan.

9.00mlm - Berangkat pulang ke KG Parit Gantung, Parit Yusof, Muar.

10.30mlm - sampai rumah, kepenatan...anak2 dah lame beradu

dah habis dah

Monday 3 May 2010

Balik Kampung

Cuti 2 hari balik kg walaupun belum gaji lg, kene balik kg jugak, ape x dari seminggu lalu adik lelaki yg aku panggil 'abang' dah kirim sms begini
" salam...ari ahad depan ko g ne ne x? mak suh ko balik, mak nak buat yasinan pompuan..."

Selepas dapat sms tu aku senyum memanjang dalam hatiku berkata...tentu seronok balik kg adik-beradik yg lain mesti kumpul jugak...makcik pakcik sebelah mak pun mesti ada gak...susah tau nak jumpe ramai-ramai ni...yg tentu seronoknya tentunya putra putri ku....

Sabtu 1 Mei 2010
6.30 - celik mata dan buat rutin cam org lain
bancuh air teh 1 jug kecil, kemas dapo ala kadar, ibu mertuaku dah nak buat bekfes pisang goreng, so aku ambik alih menyapu lantai....

7.00 - lepak-lepak depan tv sambil tengok "Tanyalah Ustaz" di tv9

7.30 - xtvt membilas n sidai kain baju

8.30 - melawat kawasan rumah, tgk2 pokok rambutan gading dah berbunga, lebat gak tu, lepas raya insya Allah dapat hasilnya, tgk2 pokok roselle pun tgh lebat berbunga tp mcm banyak x jadik je. merumput sikit2.

9.30 - Nana dah panggil2...ajak tengok spongesbob le tuh... dah boring kat dlm sensorang, si adik follow aku sampai menolak basikal...
Bekfest pisang goreng...yummy...
isikan air teh dalam botol untuk setiap anak

10.30 - Mula pergi melawat dapur...nak masak aper nih ... malasnya nak masak ... haaa masak tomyamlah ... tiba-tiba halia habis lak .... malas lagi nak ke kedai .... masak pe yg ade jelah
goreng ayam 6 ketul
goreng sayur campur ( carot, jagung muda, bunga kobis )
dah....

12.00 - kira-kira waktu ni tengah menjamu selera dah, dah bajet nak tido lepas makan kejap
sebelum nak balik kg lepas asar nanti...

2.00 - dapat tido...nikmatnya ... si kakak x boleh tidor, si adik agak lambat juga boleh tidonya

3.30 - aku terjaga, terus angkat jemuran dan packing kain baju,

5.00 - lebih kurang jam gitu aku dah gerak ke kg halaman ku... perjalanan hanya memakan masa 1 1/2 jam

6.30 - dah ternampak sungai Parit Botak yg baru lepas di korek. masuk ke halaman rumah

Sebaik melangkah kaki ke dalam rumah... dah ramai rupanya cam nak buat keje kahwin je... apelagi Nana n Irfan mula kontrol diri... biasa balik kg xde la ramai org cam ni... ni depan dipenuhi anak beranak makcik dari KL. kat dapo lak di penuhi anak2 k. ngah dan 2-3 org makciknya... so kene bagi panas engine dulu baru anak2 aku tu baru boleh mesra alam. Memang betul belum masuk maghrib dorang dah ok, x delah asyik tarik belakang baju aku je. Malamnya dah main lari-lari ngan sepupu sepapatnya.

Xtvt malam ni menyediakan kuih muih untuk esok hari. antaranya karipap, kasturi, koci, kuih-kuih lain cam kuih lapis mak dah order, kek buah mak dah buat semalam lg.

Xtvt lain kupas bawang, goreng tempe, tahu, kentang, ayam, selebihnya berborak....

1.30 am - baru leh masuk tido, cari tenaga untuk esok lak....

Cerita esok sambung lain n3 ea....