Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Monday 3 May 2010

Balik Kampung

Cuti 2 hari balik kg walaupun belum gaji lg, kene balik kg jugak, ape x dari seminggu lalu adik lelaki yg aku panggil 'abang' dah kirim sms begini
" salam...ari ahad depan ko g ne ne x? mak suh ko balik, mak nak buat yasinan pompuan..."

Selepas dapat sms tu aku senyum memanjang dalam hatiku berkata...tentu seronok balik kg adik-beradik yg lain mesti kumpul jugak...makcik pakcik sebelah mak pun mesti ada gak...susah tau nak jumpe ramai-ramai ni...yg tentu seronoknya tentunya putra putri ku....

Sabtu 1 Mei 2010
6.30 - celik mata dan buat rutin cam org lain
bancuh air teh 1 jug kecil, kemas dapo ala kadar, ibu mertuaku dah nak buat bekfes pisang goreng, so aku ambik alih menyapu lantai....

7.00 - lepak-lepak depan tv sambil tengok "Tanyalah Ustaz" di tv9

7.30 - xtvt membilas n sidai kain baju

8.30 - melawat kawasan rumah, tgk2 pokok rambutan gading dah berbunga, lebat gak tu, lepas raya insya Allah dapat hasilnya, tgk2 pokok roselle pun tgh lebat berbunga tp mcm banyak x jadik je. merumput sikit2.

9.30 - Nana dah panggil2...ajak tengok spongesbob le tuh... dah boring kat dlm sensorang, si adik follow aku sampai menolak basikal...
Bekfest pisang goreng...yummy...
isikan air teh dalam botol untuk setiap anak

10.30 - Mula pergi melawat dapur...nak masak aper nih ... malasnya nak masak ... haaa masak tomyamlah ... tiba-tiba halia habis lak .... malas lagi nak ke kedai .... masak pe yg ade jelah
goreng ayam 6 ketul
goreng sayur campur ( carot, jagung muda, bunga kobis )
dah....

12.00 - kira-kira waktu ni tengah menjamu selera dah, dah bajet nak tido lepas makan kejap
sebelum nak balik kg lepas asar nanti...

2.00 - dapat tido...nikmatnya ... si kakak x boleh tidor, si adik agak lambat juga boleh tidonya

3.30 - aku terjaga, terus angkat jemuran dan packing kain baju,

5.00 - lebih kurang jam gitu aku dah gerak ke kg halaman ku... perjalanan hanya memakan masa 1 1/2 jam

6.30 - dah ternampak sungai Parit Botak yg baru lepas di korek. masuk ke halaman rumah

Sebaik melangkah kaki ke dalam rumah... dah ramai rupanya cam nak buat keje kahwin je... apelagi Nana n Irfan mula kontrol diri... biasa balik kg xde la ramai org cam ni... ni depan dipenuhi anak beranak makcik dari KL. kat dapo lak di penuhi anak2 k. ngah dan 2-3 org makciknya... so kene bagi panas engine dulu baru anak2 aku tu baru boleh mesra alam. Memang betul belum masuk maghrib dorang dah ok, x delah asyik tarik belakang baju aku je. Malamnya dah main lari-lari ngan sepupu sepapatnya.

Xtvt malam ni menyediakan kuih muih untuk esok hari. antaranya karipap, kasturi, koci, kuih-kuih lain cam kuih lapis mak dah order, kek buah mak dah buat semalam lg.

Xtvt lain kupas bawang, goreng tempe, tahu, kentang, ayam, selebihnya berborak....

1.30 am - baru leh masuk tido, cari tenaga untuk esok lak....

Cerita esok sambung lain n3 ea....

No comments: