Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Monday 10 May 2010

Muhammad Irfan


Hari ni terasa nak cite pasal putraku yg sorang nih... Muhammad Irfan

Dia dilahirkan pd 25/1/2007 lebih kurang kul 10 mlm. Hari Khamis malam Jumaat. Beratnya 3.8kg (memang tembam dan comel sesangat)
Masih segar dalam ingatanku sebaik sahaja melahirkan dia, sewaktu nurse meletakkan dirinya ke atas dadaku... terasa sayu hatiku, bersyukur pada anugerah Tuhan yg x ternilai ini.
Masa melahirkan Nana dulu doktor x sempat nak letakkan atas dadaku atas sebab2 ade berlaku sikit komplikasi ( nanti aku citelah ) even aku pun x sempat susukan dia pun, sedihnya hanya Tuhan yg tahu...
Aku pun masih ingat masa Ayah dia mengazankan dia seolah-olah menjawab azan itu... betul ni aku x tipu... semacam ade bunyi dari mulut dia. Subhanallah...

So selepas nurse mandikan dia... dia pun dah hensem, nurse bagi aku untuk susukan dia, memang mudah n laju saja dia menyusu, kira-kira 10 - 15 minit juga dia menyusu, dia stop, aku dan dia sama-sama tertidor, aku tido kepenatan, dia tido kekeyangan... indahnya waktu itu, yang x indah adalah 2-3 jam sebelum itu... sakit bersalin sama seperti separuh mati ( ni yang buat aku takut nak bersalin lagi ) tp ade org tua-tua cakap bersalin macam mkn sambal belacan yg pedas dan sedap... bile makan terasa pedas tp nak makan lagi.
Masatu aku masih dalam labour room lagi. Pun masih segar dalam ingatanku lagi aku telah dijadikan bahan pembelajaran buat doktor-doktor pelatih ketika proses menjahit... malu dan terasa lame dan letih aku dibuatnye. Hingga asbenku merungut lama sangat... ape x dia pun dah nak pitam tengok itu darah...
Kire-kire jam menunjukkan pukul 12 tgh malam barulah aku dihantar ke wad postnatal... dan semenjak itulah Irfan x bangun-bangun hingga ke awal pagi, tidor dengan lena sedari labour room lagi... aku pulak risau nengok... kawan-kawan dia ade yg asyik2 terjaga, menangis saje, dia boleh tido saje, kawan-kawan seperjuanganku pun geram nengok si tembam itu pada ketika itu.


sekian, t.kasih

No comments: