Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Friday 21 May 2010

Kalau suami saya curang

Bile baca tajuk n3 ni, cepat-cepat saya berdoa dalam hati
"YaAllah ampunkanlah dosa2ku, dosa2 suamiku, golongkanlah kami ke dalam golongan orang2 yg beriman ya Allah... Selamatkan suami dan anak2 ku, berilah kami kebahagiaan, kesejahteraan dan keredhaan hidup di dunia dan akhirat"
Kini saya jadi rajin baca doa ibu bapa yang Maksudnya :
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Menurut kakak ipar saya bile kita baca doa ini serta merta siksaan kubur akan terhenti walaupun sesaat ia amat bermakna. Wallahualam..

Sebenarnya saya sangat simpati pada wife lelaki curang dalam n3 saya yg lepas tu, saya pun tak tahu macammana nak memberikan beliau semangat, beliau yg menghadapi pastila terasa sangat sakit, kecewa, terkilan, terluka dan bermacam lagi perasaan berbaur. Sungguh hiba hati saya saat membaca kiriman SMS beliau kepada saya, hati perempuan mana x sakit bila kepercayaan yg diberi dibalas dengan pengkhianatan?, kami orang perempuan hanya mampu mengalirkan airmata, adakala kita kuat, adakala semangat itu hilang entah ke mana hingga x tertanggung rasanya. Bayangkanlah sekelip mata semua ini terjadi, seperti tertikam rasanya...aaahhh saya pun x mampu membendung airmata juga nih... Apepun saya pastikan setiap lepas solat saya mendoakan agar Allah berikan kekuatan pada beliau. Saya x mampu buat apa-apa, melainkan kata-kata semangat saja yg boleh diberikan pada beliau.... Semoga beliau tabah....

Di sini ade beberapa tip bila kes macam tajuk kat atas terjadi ( x sanggup saya nak sebutnya)

  • Takut pada AllahBeringat-ingat ketika rumahtangga dilanda ribut. Ketika iman diuji, emosi bergoncang dan marah meluap-luap, beringatlah pada Allah dan nasihat Rasulullah.
  • Jangan dilayan nafsu amarah sehingga terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan suara isteri itu lebih kuat daripada suara suami ketika berbicara.
  • Jangan berdendam kesumat dengan suami kerana kesalahannya sehingga mengaibkan suami di hadapan ahli keluarganya dan orang lain.
  • Kemarahan itu adalah bara api dari neraka dan pada ketika itu, kita lalai dengan suruhan Allah, maka syaitan dapat mengalahkan kita. Mahukah kita menjadi sahabat syaitan?
  • Orang yang takut pada Allah tidak akan melakukan perkara yang akan mengundang kemurkaanNya.Berserah kepada Allah
  • Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan siapa pasangan hidup kita, dan Dia yang juga boleh memisahkan kita dari suami/isteri kita.
  • Ujian dalam rumahtangga sesuatu yang lumrah, kerana Allah akan sentiasa menguji pasangan yang berkahwin. Allah akan uji lebih-lebih lagi jikalau kita terlalu menggantung kebahagiaan kita pada suami/isteri dan kurangnya pada Allah swt. Syaitan pula akan sentiasa berusaha memisahkan pasangan suami-isteri, kerana kejatuhan sesebuah rumahtangga adalah kemenangan bagi syaitan yang berjaya menghasut.
  • Kalau masih boleh hidup bersama, banyakkan berdoa dan memohon bantuanNya untuk membina rumahtangga sakinah.
  • Jika diri sudah tidak mampu bertahan dan meneruskan hidup sebagai isterinya, berpisahlah dengan cara yang baik, dan percayalah bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tetap ada, mungkin akan digantiNya dengan yang lebih baik.
saya:muhasabah diri di kala dilanda dugaan hidup.





No comments: