Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 23 March 2010

KepadaMU Kekasih

Malam tadi x dapat lagi menonton cerita ini, disebabkan kesibukan membilas kain baju dan melayan karenah anak-anak yg nak masuk tidur...
Cerita ni memang sedih kan...kisah yg meruntun jiwa dan sanubari kite...cume x puas hati masa tayangan setengah jam sahaja...dgn commersial break yg panjang juga...biasala stesen tv kan...

Masa 'dia org' kanak-kanak lagi dapat juga mengikuti setiap minggu..yelah masa tu hari minggu rasenya (khamis malam Jumaat)...skarang sejak dah tukar waktu je x dapat follow...

Hebatnye dugaan yg terpaksa digalas oleh 'Darwish'...Zaman remaja dihabiskan menjaga adik2nya...seterusnye menjadi penghuni penjara kerana kesalahan membunuh rakan sebayanya yg kerap mencari pasal dengannya, yg pasti kesalahan yg tidak disengajakan...

Selepas keluar dari penjara...digelar bekas banduan oleh adik-adiknya pula..adik2 yg disayangi tidak mahu mengaku 'pembunuh' itu sebagai abang kandungnya yang sanggup x bersekolah semata-mata mahu mencari nafkah membesarkan adik2nya..sehingga menjadi org berjaya...geram betul...hanya pandai mencari wang tapi tidak pandai menilai mana satu kaca mana satu permata...

Drama ni memang memberi kesan mendalam pada aku...mesti rase sebak menyelubungi diri..aku pasti akan ada insan di dunia ini yg mengalami nasib seperti 'Darwish'.

Dugaan hidup adalah asam garam kehidupan yg bernama manusia...yeah...

Tuhan tidak akan memberikan dugaan kepada manusia jika kita tak mampu menghadapinye. Setiap dugaan yg diberikan juga pasti ada jalan penyelesaiannya, hanya kita yg perlu mencari menggunakan akal fikiran yg juga kurniaan-NYA.

Insaflah wahai diriku...

No comments: