Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Friday 30 April 2010

Kenapa Nak Berlagak Nih

Assalamualaikum semua....
chehhh padahal aku sendri baca n3 nih...kih-kih...entah bile nak + folower ntah....x pela...suke-suke je...(nak sedapkan hati le tuh)

Sebenornya aku tengah fed up ngan seorng dua manusia di kawasan setempatku yg mempunyai sifat "berlagak"...


Dia berlagak konon dia terbaek, paling baek...maksud, dia x kan mengaku kalo dia x baek....ntahapahapala

Bile dah rase dia terbaek tu mulala tunjuk lagak...tunjuk pandai...dia saje paling pandai....geram taw...

Dahla tu sifat-sifat riak, menunjuk, poyo...semua dicombinekan sekali...maka jadilak lagak tahap level teratas... no 1...johan berlagak...juara berlagak....

Aku nak tnye sikitla kan... best sangat ke berlagak nih...cakap besar...x boleh tengok org lebih mesti nak kondem ...x boleh tengok org buat silap terus hukum depan org lain...mcm bagus sangat...x pernah pikirkan perasaan org lain....

hiiiii....benci org berlagakla....x suka la....tapi ape boleh buat kalau Allah dah nak bagi aku ujian sebegini rupa...redha jela...sabar ajela...( aku harap dan harap dan harap ... sampai bile-bile pun aku hanya mengharapkan petunjukMU Ya ALLAH...AMIN>>>)

Cume yelah bile aku tgh hot...alhamdulillah aku masih ingat pada Allah. Aku akan terus berdoa begini :
"Ya Allah...Kau ampunkanlah dosa-dosaku....Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi ujian Mu ini, Kau lembutkanla hatiku selalu, Kau jadikanla dugaan ini sebagai kekuatan untukku menuruskan kehidupan ini.... "

Aku tau kalau Allah x berikan aku dugaan ( x kire ape jenis dugaan ) mungkin aku lupa padaNYA....aku akan leka...aku akan gembira saja....

So mulai hari ini aku kene selalu think + . ( ntah2 aku pun berlagak konon aku baik, aku berlagak baik tanpa aku sedari sebab aku x pernah berlagak...kan...mana aku tau ) Paham x...

BYE-BYE

Wassalam...

Tuesday 27 April 2010

Cerita Anakku


Malam tadi, waktu nak masuk tido...Nana ( Puteriku ) mengadu padaku begini...

" Mama...kawan-kawan Nana tak nak kawan dengan Nana..."

Aku terkejut dengan pengaduannya...aku terkedu...spechless...Nana meneruskan bicaranya

"Hidayah, Maisarah, Umairah dan bla-bla....semua x nak kawan ngan Nana...kesian Nana x de kawan"

Dalam hatiku berkata sendirian 'betul ke kata-kata Nana ni...' bile aku renung raut wajahnya seolah-olah ada betulnya, air mukanya mcm nak menangis saje....

Nana seorang kanak-kanak yg agak pendiam di sekolah....dia suka memerhatikan tingkahlaku rakan-rakannya sahaja.... macam tula yg aku nampak kalau aku bawa dia di tempat awam...dia suka memerhatikan orang....

Sedang aku mengelamun sendirian...

"Sabrina, Hidayah, Akilah...kawan dengan Nana...main sama-sama...."

Nana....budak bertuah ini....aku memang x boleh percaya kata-kata kanak-kanak seusia dengannya....ade yg betul dan ade yg x berapa betul. Kini tugas sebagai seorang ibu semakin besar. Aku kene mendampingi, memahami, menjadikan diriku sebagai kawan kepada anak2 ku...

Lagipun dari riak wajahnya Nana x de masalah untuk ke sekolah, hari Sabtu pun kekadang nak sekolah juga.... Aku harap Nana boleh menangani masalah dalam dunianya. Aku sebagai ibu hanya mampu mendoakan, menasihati, membimbingnya selebihnya kuserahkan kepada Allah jua....

Aku kini memang terasa yg amat sangat betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan anak-anak sebagai insan berguna di dunia dan akhirat. Mampukah aku????




Stress Nih



Hari ni aku betul-betul stress nih... stress gile2...tp x sampai jadi gile lagi...x nak aaa gile...

Aku stress sbb kerja...tu biasala...adatla...org yg tak merasa stress dalam hidupnya adalah tanda-tanda org nak jadi gile...hisshhh

Yg penting ialah cara kite menangani stress tu...

Kalau aku bile aku terlampau stress mcm la ni... first...aku memang duduk termenung...jari-jari kat dahi...(sila lihat contoh pic nih)Emmmm...kalau tengah online...aku try offline dengan kadar segera supaya aku x meletup...x mengamukla senang cerita...

Kalau aku boleh atau rase nak luahkan pada opismate, aku luahkan jugak...sebab dia pun kene ambik tau masalah yang aku hadapi...terutama yg membabitkan kerja...supplier memula janji boleh hantar brg, last minute cakap x boleh pulak. Itu semua menyebabkan kerja di tapak projek tergendala.... ( lain kali aku nak ceritala pasal skop kerja aku...tu semua bergantung pd mood aku)

Dah memicit dahi, dah luahkan, biasanya aku akan stabil sikit, semasa memicit dahi aku x lupa mengucap, beristighfar, berselawat, kekadang baca doa ibu-bapa juga, sempat juga berdoa dalam hati supaya Allah permudahkan urusan dan lembutkan hati org2 yg tertentu....

Baru beberapa minit...semasa ngarang n3 ni supplier dah call aku cakap...x boleh supply konkrit yg aku order kalo buleh pun hari Jumaat....hari Jumaat x tau boleh kerja x...biasanya kerja subcon ni hari Jumaat cuti....aku nak pi setel ni dulu....moga-moga berjalan lancar....

Monday 26 April 2010

Monday Blues


Hari Isnin memang berat mata nak celik, berat badan nak wakeup, berat hati nak kerja, maklumlah dah seronok cuti weekend, saya rase ramai org ade tabiat cam gitu, tabiat yg boleh menular jadi penyakit...iaitu penyakit 'malas' Bile penyakit dah menular nanti sehari suntuk x boley buat kerja, x de mood nak buat kerja atau yg sama waktu dengannya.

skarang saya nak syer sikit petua supaya hari Isnin kita lebih ceria, dan gembira. jom layannn....

  • Sebelum masuk tidur, sediakan segala keperluan atau peralatan (dokumen, laporan, nota dan sebagainya) yang hendak anda bawa ke pejabat keesokan harinya. Sediakan siap-siap pakaian dan seluar yang anda akan pakai, kasut, beg dan sebagainya yang berkaitan dengan kerja pada malam sebelum hari bekerja. Sediakan semua barang keperluan itu selengkapnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan anda jadi kelam kabut pada pagi esoknya.

  • Set kan ‘alarm’ pada handphone atau kunci jam loceng lebih awal daripada hari biasa. Bangunlah awal supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mandi, solat, bersolek dan bersarapan. Haa kalau nak kunci jam tu, pastikan anda letak jam loceng tu jauh sedikit dari katil anda. Ini adalah kerana, biasanya apabila anda tersedar dari tidur, tanpa anda sedar, tangan anda akan merayap mencari jam loceng tersebut seterusnya akan mematikannya. Anda terbangun dari tidur tu pun hanya semata-mata untuk tutup jam loceng dan tidur kembali. Jadi, letakkanlah jam loceng atau alarm handphone anda jauh sedikit dari jangkaun tangan anda. Dan pastikan bunyi jam loceng anda tu jelas kedengaran.
  • Catatkan semua kerja atau tugasan yang perlu anda lakukan keesokan harinya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting tersebut di atas sekeping kertas atau dalam buku catatan anda. Anda boleh membawa senarai tugasan dan catatan aktiviti tersebut ke mana-mana saja anda pergi nanti. Teknik tulis dan catat senarai tugasan seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan bebanan yang ada dalam fikiran anda dan ia mampu membuatkan otak anda menjadi cerdas dan segar.
Sekian, saya kira itulah 3 tips yang boleh saya kongsikan bagi membantu anda dan diri saya untuk lebih bersemangat dan lebih ceria setelah sekian lama bercuti (tidak bekerja).

Kalau anda ada tips atau cara lain, kongsikanlah di bahagian komen yer.

Sunday 25 April 2010

3 Perkara Mudah Dilakukan

Perkara terbaik yang perlu lakukan setiap waktu, saat, detik dan ketika, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Berdoa, doa, doa.
Memohon pertolongan daripada Allah setiap masa. Kita adalah insan lemah dan x berdaya hanya pada Dia tempat kita meminta pertolongan. sesunggguhnya Allah suka kepada orang yg berdoa kepadanya.

3. Beristighfar, istighfar lah
Dengan beristighfar dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Insya Allah. Ia juga dapat menjauhkan diri kita dari terus melakukan kejahatan. Mohonlah keampunan daripada Allah dengan hanya beristighfar

Lakukan dengan istiqamah setiap waktu, di mana jua anda berada, hidup anda pasti lebih ceria dan diberkati Allah.

Thursday 22 April 2010

CERAMAH MAULUD NABI

Hari Sabtu 2 minggu lepas saya ade menghadiri satu ceramah Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Ceramah disampaikan oleh penceramah bebas dari Rengit, Batu Pahat, JOhor. Nama penceramah tu USTAZ SUPAAT BIN SUPANJI...latar belakang dia seorang guru sekolah agama (kalu x silap)...
ceramah bermula kire-kire pukul 9.30malam...
para hadirin dah sampai dari lepas Isyak lagi..tapi ade jamuan sikit..

Menu Istiwewanya :-
Nasi putih
Umbut kelapa masak lemak kuning
Kerabu pucuk ubi
Sambal goreng jawa
Ayam goreng berempah
kambing masak kurma ( aqiqah dari seorang penduduk )

Lazatnye....skarang saya terasa lapar dengan menu makanan kg ini...x pernah jemu. Tapi cara hidangannya secara buffet...layan diri...kan lagi best kalau secara ambeng ( makan dalam dulang, nasi, lauk pauk sekali letak dalam dulang, 1 dulang boleh boleh kongsi 4-5 orang ) ianya lebih berkat....

ni la contoh nasi ambeng.... yummy!!!



teringat zaman sekolah dulu, majlis sambutan Maulidurrasul mesti mkn secara ambeng...senang membasuh, dan mengurangkan pembaziran jugak...kenapa x nak amalkan terus...

Ok...ape melalutla saya...

Penceramahnya org jawa jadi ceramahnya ade terselit bahasa jawa juga...itu yg buat org kg pun suka...duduk statik kat kerusi sampai habis ceramah...dah habis pun rase x puas..termasuk saya...niat diawal tadi kalau ceramah memboringkan saya nak "cabut" ditambah anak saya Irfan asyik nak buang air saje...tapi alhamdulillah Allah telah memberikan penceramah yg bagus malam itu dan saya dapat menghadiri majlis ilmu hingga ke akhir...

Isi ceramah ( terus kan ajela pada isi ceramah kan senang org nak baca...panjang sangat intro buat apela )ok ok..baiklah

Penceramah menyampaikan ceramah secara santai diselitkan unsur jenaka hingga x kering gusi dibuatnya...

Isi ceramah ialah supaya kita mengamalkan Sunnah Nabi....

  • Sebelum makan cicah jari dengan garam ( first time dengar..cam x caye...astagfirullahalazim ) sekejap je x percaya tu...cari info kat tenet memang betul ade sunnah tu kene ikutla sekarang.
Hikmahnya :- garam adalah penawar kepada keracunan, garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk2 halus yg ingin mengganggu manusia sejagat.

  • Menguyah makanan hingga 40X kunyah supaya betul2 lumat supaya sistem penghadaman kita senang nak buat kerje..

  • Sebelum tidur hendaklah mengambil wudhuk ... Kalau ditakdirkan kita mati malam tu kita dapat mati syahid ( kalau x percaya cubalah - penceramah tu cakap gitu...berani ke kita nak mati...dia kenekan kita balik )


Penceramah juga ada menyarankan agar kita mengamalkan beberapa amalan mulia seperti di bawah :

Berselawat sekurang-kurangnya 100X ( lebih boleh, kurang jangan )
Beristighfar
Baca Bismillahirahmanirahim
Berselawat ke atas Nabi

emmm...rase-rasenya tu jela yg penceramah tu pesan...ade lagi kot tp lupe..tula x bawak buku note....

Slamat beramal...

Tuesday 20 April 2010

MATI



Orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita....
jangan takut mati,
jangan mencari mati,
jangan lupakan mati,
tapi rindukan mati.

Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,

maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Monday 12 April 2010

Dugaan oh Dugaan

Ntah nape sejak dua menjak ni aku slalu ter...buat sesuatu yg diluar akal fikiran aku yg waras....masa buat tindakan tu memang aku x waras....syaiiii menguasai diri....
hemmmm....aku ni x tahan dugaan yg Allah berikan ker?....

Hari ini, tika dan saat ini...aku masih lagi sedih, kecewa, blank...walaupun peristiwa tu dah dekat seminggu berlalu....

ceritanya begini...bukan mahu membuka pekung (pekung tu ape?) di dada tp itula kejadian yg membuatkan aku malu pd diriku sendiri...

minggu lepas aku memang bz dengan job baru nak masuk...( ade kerje pening, x de kerje pun pening - itulah ragam manusia bernama aku ). tanpa aku duga dan ketahui puncanya aku begitu stress dengan tekanan dari boss aku tu...namanya boss bile dia buat salah x nak mengaku n suruh staff setelkan peroblem yg dia buat...masa tu aku masih boleh redha lagi....tp bile semua benda aku kene setel, kene pikir...aper guna dia sebagai boss...kang kalo aku buat keputusan sendiri kang kata memandai lak...x pening ker????

so aku igt lagi hari tu hari Rabu ( sama dengan hari birhtday aku lak tu ) aku memang tgh stress habis dengan supplier yg x reti bahasa...boss pulak buat perangai 'bodo2 alam'. aku telah menghentak meja kerja ku dengan sekuat hati...x terasa sakit sgtla...rase puas hati jer...tp lepas tu sakit gakla...sikit jer jugak.

Aku dengan on the sport decide nak resign...biasala tuh...kalo nak diikutkan selama genap setahun (setakat hari ni)aku kerja aku relex jer...kene tocha pun aku slamber jer...buat ape nak takut pada boss kan dia manusia maaa. tp itulah...yg buat aku tambah sakit hati dan sedey tu, dalam aku tgh bingung tu pun, boss aku pun masih nak suruh aku photostat lagi...x sedey ke...x memahami langsung..pastuh siap tengking aku lg....sedey hati sowang wanita yg bernama aku....

Bile keputusan nak resign aku panjangkan kepengetahuan suamiku...jawapan dia gini

" janganlah berenti...x nak tolong abg ker.."

langsung x tye kenapa aku nak berenti ker aper...lelaki memang cam gitu kot...x sensitif...x memahami...huhuhuhuhu

sedey lagi...

Lepas kejadian hempas meja tu aku bagi resign letter ( notis sebulan ). kul 12 tgh hari aku dah cabut...

Tp aku masih sempat bg sms kat boss aku. lebih kurang gini bunyinye

" en ... sy minta maaf. hari ni sy nak cuti boleh x "

tp dia x balas....ego la tu...x ke mana la ego ko tu

Aku balik..ambil anak aku balik sekolah tadika...kat umah, opismate pujukla jgn berenti....then dah ptg sikit bos ade bagi sms kepada opismate yg diforwardkan kepada aku yg berbunyi

" bagi tau ros, sy bg cuti sampai sabtu, srh dia setelkan masalah dia "

ceeeeeehhhhh...aku plak ade masalah, masalahnya masalah aku dgn boss tau x....

Setelah dapat cuti beberapa hari aku aku ambil keputusan meneruskan pekerjaanku di sini ( kalo x dah tentu aku x dapat update blog ni )

Dah penat menaip ni.stop.titik.noktah.the end.

notaibujari : bile teringat memang sedey habis...