Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 27 April 2010

Cerita Anakku


Malam tadi, waktu nak masuk tido...Nana ( Puteriku ) mengadu padaku begini...

" Mama...kawan-kawan Nana tak nak kawan dengan Nana..."

Aku terkejut dengan pengaduannya...aku terkedu...spechless...Nana meneruskan bicaranya

"Hidayah, Maisarah, Umairah dan bla-bla....semua x nak kawan ngan Nana...kesian Nana x de kawan"

Dalam hatiku berkata sendirian 'betul ke kata-kata Nana ni...' bile aku renung raut wajahnya seolah-olah ada betulnya, air mukanya mcm nak menangis saje....

Nana seorang kanak-kanak yg agak pendiam di sekolah....dia suka memerhatikan tingkahlaku rakan-rakannya sahaja.... macam tula yg aku nampak kalau aku bawa dia di tempat awam...dia suka memerhatikan orang....

Sedang aku mengelamun sendirian...

"Sabrina, Hidayah, Akilah...kawan dengan Nana...main sama-sama...."

Nana....budak bertuah ini....aku memang x boleh percaya kata-kata kanak-kanak seusia dengannya....ade yg betul dan ade yg x berapa betul. Kini tugas sebagai seorang ibu semakin besar. Aku kene mendampingi, memahami, menjadikan diriku sebagai kawan kepada anak2 ku...

Lagipun dari riak wajahnya Nana x de masalah untuk ke sekolah, hari Sabtu pun kekadang nak sekolah juga.... Aku harap Nana boleh menangani masalah dalam dunianya. Aku sebagai ibu hanya mampu mendoakan, menasihati, membimbingnya selebihnya kuserahkan kepada Allah jua....

Aku kini memang terasa yg amat sangat betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan anak-anak sebagai insan berguna di dunia dan akhirat. Mampukah aku????




No comments: