Hari ni kiter nak bagi sikit nasihat tentang pantang larang buat ibu-ibu hamil yer. Semoga kalian dapat mengikutinya hingga ke akhir rancangan...jangan ke mana-mana.....
Nasihat Am
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam (untuk dapat anak soleh), Yusof (untuk dapat anak cantik fizikal n baik akhlaknya), Lukman (untuk dapat anak bijak n cerdik), Yassin ( supaya mudah nak deliver baby into this world nanti) dan sebagainya... semoga kita semua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh asben bacakan sambil pegang perut kite. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran. (doklah umah jer...huhuhu)
Banyakkan :-
1) Minumla susu, air kacang soya yg panas jer.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
3) Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya kaan beri nih) untuk penambahan darah
Amalan bile EDD dah time :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
Buat diriku...Slamat menjalani rutin anda sebagai seorang yg skima dengan follow semua nasihat yg tersebut di atas. Good LUck!
Birthday cake set
7 years ago
No comments:
Post a Comment