Hari Isnin memang berat mata nak celik, berat badan nak wakeup, berat hati nak kerja, maklumlah dah seronok cuti weekend, saya rase ramai org ade tabiat cam gitu, tabiat yg boleh menular jadi penyakit...iaitu penyakit 'malas' Bile penyakit dah menular nanti sehari suntuk x boley buat kerja, x de mood nak buat kerja atau yg sama waktu dengannya.
skarang saya nak syer sikit petua supaya hari Isnin kita lebih ceria, dan gembira. jom layannn....
- Sebelum masuk tidur, sediakan segala keperluan atau peralatan (dokumen, laporan, nota dan sebagainya) yang hendak anda bawa ke pejabat keesokan harinya. Sediakan siap-siap pakaian dan seluar yang anda akan pakai, kasut, beg dan sebagainya yang berkaitan dengan kerja pada malam sebelum hari bekerja. Sediakan semua barang keperluan itu selengkapnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan anda jadi kelam kabut pada pagi esoknya.
- Set kan ‘alarm’ pada handphone atau kunci jam loceng lebih awal daripada hari biasa. Bangunlah awal supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mandi, solat, bersolek dan bersarapan. Haa kalau nak kunci jam tu, pastikan anda letak jam loceng tu jauh sedikit dari katil anda. Ini adalah kerana, biasanya apabila anda tersedar dari tidur, tanpa anda sedar, tangan anda akan merayap mencari jam loceng tersebut seterusnya akan mematikannya. Anda terbangun dari tidur tu pun hanya semata-mata untuk tutup jam loceng dan tidur kembali. Jadi, letakkanlah jam loceng atau alarm handphone anda jauh sedikit dari jangkaun tangan anda. Dan pastikan bunyi jam loceng anda tu jelas kedengaran.
- Catatkan semua kerja atau tugasan yang perlu anda lakukan keesokan harinya. Senaraikan aktiviti-aktiviti penting tersebut di atas sekeping kertas atau dalam buku catatan anda. Anda boleh membawa senarai tugasan dan catatan aktiviti tersebut ke mana-mana saja anda pergi nanti. Teknik tulis dan catat senarai tugasan seperti ini sebenarnya mampu mengurangkan bebanan yang ada dalam fikiran anda dan ia mampu membuatkan otak anda menjadi cerdas dan segar.
Kalau anda ada tips atau cara lain, kongsikanlah di bahagian komen yer.
No comments:
Post a Comment