Lilypie Maternity tickers

My Sweet Memory

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 March 2010

Bile Boss Join FB

Wah boss aku mintak aku ajar dia signup fb lak...very de dangeres U....nak x nak terpaksa ajar....matila aku camnie...adoiyai...

Lunch hour hari ni aku x balik umah sebab dia konon cam urgent je suruh siapkan dokumen task cpm... ntahla...dah tu bile aku x balik tu tye lagi kenape x balik... pastu tunjuk muke kesian mintak aku ajar bukakkan akaun fb...

Exceli bos aku ni x de basic IT...sedangkan komputer pun lagi x de blajar... at least dia nak belajar kan...aku tau dia pening....bile aku alih bahasakan, aku pulak yg pening! bahasa IT bile dialihbahasakan kan jadik macam bahasa indon pun ade....hahaha....

Tapi oleh kerana bos aku ni x kisah staff dia sibuk dok melayari enternet.."janji kerje setel"...so aku dengan sikit perasaan riak...astagfirullah...x de la... aku pun ajarla...dia pun nak jugak bersosial kan....

anyway thank a lot boss!

sekalang saya nak buat keje ni...nak jadik staff yang baik jugak...

Tuesday, 30 March 2010

Khusyuk Dalam Solat

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-


"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".


Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut adalah sebahagian cara untuk mendapatkan solat yg khusyuk bagi setiap orang Islam yang mengerjakan solat:-

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

Terutamanya al-fatihah dan semasa duduk antara dua sujud...

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


Semasa mengambil wudhu' kita digalakkan untuk berdoa untuk Khusyuk
" Ya Allah Khusyukkanlah solatku, aku ingin khuysuk! ", semasa membasuh aggota wudhu' berdoalah dalam hati " ampunkanlah mataku YaAllah, AMpunkankan tanganku, ampunkalah kakiku "begitulah semasa membasuh muka, tangan dan kaki dan berdoa selepas selesai wudhu'

Semasa tidak solat juga selalulah berzikir nama-nama Allah dengan bersungguh-sungguh.

InsyaAllah...Amin....

Hikmah Solat

Aku bersolat 5 waktu sehari semalam, tapi kekadang aku rase diriku, sikapku, tindak-tandukku tidak seperti yg sepatutnya...aku masih lagi mengumpat, mengeluh, buruk sangka, x bersyukur,hasad dengki pada org lain, marah-marah pada org disekelilingku yg x kusenangi sikapnye....huh... kenapa....alangkah ruginye selama ini aku bersolat tp Allah tidak terima...macammane Ya Allah!?

1. Solat memberi kesan membersih atau mensucikan diri dan mengawal dari terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan maksiat atau keburukan serta menjauhkan manusia dari naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah swt:

"Dan diriklanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
- (Surah Al-Ankabut: 43)


2. Melalui solat kita akan jauh dari sifat resah gelisah dan sentiasa dalam keadaan tenang dengan mendekatkan diri kepada Allah setiap detik dan ketika. Firman Allah:

" Seungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah, apabla ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat".
- ( Surah Al-Ma'rij: 19-23)

3. Hakikat solat ialah pembuktian kesempurnaan melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah swt, sebaliknya meninggalkan solat adalah tanda orang yang tenggelam dalam hawa nafsu yang kufur kepada Allah swt. Firman Allah:

" Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka menghadapi azab (dalam Neraka)
- ( Surah Maryam: 59)


4. Solat dapat menjauhkan dari berlaku kesusahan dan kegelisahan dan memohon bantuan Allah swt. Maksud hadis, " Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat '.
Dan Firman allah swt:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat"
-(Surah Al-Baqarah: 153)

Seseungguhnye aku perlu lebih khusyuk dalam setia solatku...

Sunday, 28 March 2010

Rintihan Seorang Ibu

Aku masih lagi aktif membaca blog org yg berkaitan dengan Keimanan Kepada Tuhan YG SATU...

Sejak akhir-akhir ini jiwaku rasa x tenteram...solatku pun x khuysuk...aku pening, aku takut bile fikir kan 'aku solat tp x khuysuk'....

YA ALLAH...Ampunila dosa-dosaku YA ALLAH...aku terlalu byk berbuat kejahatan di dunia ini YA ALLAH...

Aku selalu mengeluh dengan perangai anak2ku...aku x sabar...aku tinggikan suaraku pada anak2ku..padahal aku sayangkan mereka...tp aku x sabar...aku berdosa pada anak2ku YAALLAH...aku x amanah dalam mengasuh anak2ku...aku tahu anak2 ku adalah amanahMu...untukku jaga dengan penuh kasih sayang dan didik mereka supaya menjadi anak soleh kelak..supaya nanti mereka jadi insan beriman dan bertaqwa kepada MU...tp aku selalu gagal...Ya Allah..Ampunkan aku

Bila waktu malam saat anak2ku tidor aku peluk dan cium mereka aku mengaku sgt menyayangi mereka tp bile siang hari...saat mereka bergaduh, berbuat nakal aku merungut...aku marah mereka...sedangkan mereka adalah anak kecil yg tidak tahu ape-ape...mengapa aku x boleh berfikir semasa aku kecil aku juge tentu begitu....

Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam aku mengasuh dan mendidik anak2 Ya Allah...jadikanlah aku seorang ibu yg pengasih, penyayang dan penyabar Ya Allah...

YA ALLAH ampunilah dosaku kerana aku selalu lupa untuk bersyukur kepadaMU...sedangkan Engkau telah banyak mengurniakan nikmat kpdku...Aku gagal lagi unutk bangun waktu malam...untuk bertemuMU dalam solat 2 rekaat itu YA ALLAh...AKU zalim pada diriku sendiri YA ALLAH...

YA ALLAH aku memohon...aku merayu padaMU...berikanlah aku kekuatan untukku agar aku dapat melakukan amal ibadat kepadaMU...kurniakan TAUFIK DAN HIDAYAH kepadaku agar aku dapat terus beramal dan takut kepadaMu...seseungguhnya aku insan yg amat lemah...x berdaya....
Amin...Ya Rabbalalamin...

Thursday, 25 March 2010

Kemaruk FB

Sekarang ni aku dah sembuh dari demam fb..kalo nak dibandingkan 2-3 minggu lepas memang teruk demam aku tu..nasib baik masa tu kebetulan kerja-kerja opis memang x de..x tau kenapa awal tahun ni lembab sikit, boss aku belum dapat ape-ape projek kerajaan untuk dilaksanakan...so aku dan opismate cume buat kerja-kerja filing, kire kos projek lepas, kire keuntungan projek dan adelah sikit-sikit kire sebutharga ataupun tender untuk mendapatkan projek.

Pada masa terluang itulah aku memanfaatkan masa itu utk join fb tuh. Alhamdulillah aku dapat jumpe kawan-kawan lame aku semasa bersekolah dan semasa belajar di ITM, Segamat dulu...memang rase seronok sangat dapt jumpe diaorang yg kebanyakannya dah berkeluarga, dah berjaya, yg memang lain dari dulu, yg x ubah perangai dulu pun ade juga...

Bayangkan dah hampir 10 tahun berpisah kan...

Apepun aku tetap akur bahawa fb ni ade kebaikan dan keburukanye jugakkan...so aku x boleh terlalu fanatik sangat pada bende ni...ade sesetengah kawan aku yg buat bisness jual tudungla, promosi cupcake untuk ape-ape majlis...semua tu kebaikannye..yg keburukannya ialah...

Ade sesetengah tu terlalu teruja hingga upload gambar peribadi terlalu banyak...gambar tu macam2 org yg dengki ngan kite boleh buat tau...tp terpulangla pada diri masing-masingkan..tepuk dada tnye selera...

So...selepas join fb tu, setiap pagi mesti online dulu..setiap hari mcm tu lame-lame tentu ade kebosanan melanda...lame-lame muak jugak...sekarang ni aku dah insaf sikit dengan sibuk membaca blog org pulak..cume kadang2 tu terbukak jugak fb tu bukan ape mane tau kot2 ade kawan lame dah jumpe aku....tuje.hehehe...

notaibujari : sampai kehariini boss aku masih belum dapat ape-ape projek lagi...

Wednesday, 24 March 2010

Ilmu OH Ilmu

Aku suke baca blog org lain terutama tentang kisah nabi-nabi, panduan kekeluargaan, panduan memasak, ttg muhasabah diri, kira ape-ape yang boleh memberi aku ilmu dan pengetahuan...aku suke sangat..ia seoalah-olah memberi pangajaran pada diriku ini dari terus alpa menikmati hidup yg sementara ini...

ahhhh...aku jadi speechless lak

Memang betulla ade org kata menulis blog pun boleh dapat pahala...ape x nye mereka menyebarkan ilmu tanpa meminta sebarang ganjaran, penuh keikhlasan supaya org yg membaca tu sedar dari kesilapan mereka...

Aku pun berazam nak jadi seperti mereka....berkongsi ilmu dunia dan akhirat dengan sesiapa saja...Semoga Allah makbulkan cita-cita aku..Amin.

Tuesday, 23 March 2010

Kenangan Lalu Mengusik Sanubari

Tajuknya macam tajuk cerpen kan....yela tu Rose...(nak eja mengusik pun susah benor je)

Ntah kenapa malam tadi aku boleh mimpikan kenangan sewaktu berkerja di sebuah kilang elektronik SHARP ROXY yg terletak di SRI GADING, BATU PAHAT....
Kisah ini bermula selepas aku habis SPM...Ini kisah benar...YG mimpi tu ntahapahapa punye jalan ceritanya..nama pun mimpi...
OK..sambung balik kisah benar aku tadi..lepas habis SPM je aku kerja kat kilang elektronik FUJITSU dulu . FUjitsu terletak kat PT RAJA...bila dapat tawaran form 6 aku berenti kerja kat fujitsu...ramai juga kenalan aku kat sana tapi semuanya dah loss contact..kebanyakan sebaya denganku tapi dari sekolah yg berbeza....Wei mana korang dahhh...

Tapi aku x jadi sambung form 6, aku x minat!..lagipun sekolah tu jauh...x de transport lagi...yela masa tu motorsikal cuma 2 biji, 1 bapak punye, 1 lagi emak punye...x perla bukan rezeki aku kot...aku mengalah...

MAka bermulalah journey aku di SHARP ROXY sebagai minah kilang...dekat setahun juga aku keje kat sana...macam2 kenangan ade...dapat juga pengalaman betapa susahnya, penatnya kerja sebagai operator pengeluaran, gaji basic masa tu RM365.00 kalo x silap..pastu kalo ade OT, Allowance kedatangan ke dapatlah 4-5 latut...cukup byk pada ketika itu..x tanggung ape-ape tu...cube bandingkan dgn sekarang cukup buat bayar kete laki aku aje...( hei rose...x reti bersyukur ker haaa )...alamak aku dah kena marah oleh deria baik aku...

Well...byk lagi nak cerita ni tp patutkah aku bercerita di sini...emmm rasenya biarlah ianya menjadi sejarah dan kenagan dalam lipatan memori hidupku....huhuhuhu

notaibujari : kenangan pahit akan mengajar kita ttg erti kehidupan...

KepadaMU Kekasih

Malam tadi x dapat lagi menonton cerita ini, disebabkan kesibukan membilas kain baju dan melayan karenah anak-anak yg nak masuk tidur...
Cerita ni memang sedih kan...kisah yg meruntun jiwa dan sanubari kite...cume x puas hati masa tayangan setengah jam sahaja...dgn commersial break yg panjang juga...biasala stesen tv kan...

Masa 'dia org' kanak-kanak lagi dapat juga mengikuti setiap minggu..yelah masa tu hari minggu rasenya (khamis malam Jumaat)...skarang sejak dah tukar waktu je x dapat follow...

Hebatnye dugaan yg terpaksa digalas oleh 'Darwish'...Zaman remaja dihabiskan menjaga adik2nya...seterusnye menjadi penghuni penjara kerana kesalahan membunuh rakan sebayanya yg kerap mencari pasal dengannya, yg pasti kesalahan yg tidak disengajakan...

Selepas keluar dari penjara...digelar bekas banduan oleh adik-adiknya pula..adik2 yg disayangi tidak mahu mengaku 'pembunuh' itu sebagai abang kandungnya yang sanggup x bersekolah semata-mata mahu mencari nafkah membesarkan adik2nya..sehingga menjadi org berjaya...geram betul...hanya pandai mencari wang tapi tidak pandai menilai mana satu kaca mana satu permata...

Drama ni memang memberi kesan mendalam pada aku...mesti rase sebak menyelubungi diri..aku pasti akan ada insan di dunia ini yg mengalami nasib seperti 'Darwish'.

Dugaan hidup adalah asam garam kehidupan yg bernama manusia...yeah...

Tuhan tidak akan memberikan dugaan kepada manusia jika kita tak mampu menghadapinye. Setiap dugaan yg diberikan juga pasti ada jalan penyelesaiannya, hanya kita yg perlu mencari menggunakan akal fikiran yg juga kurniaan-NYA.

Insaflah wahai diriku...

Friday, 19 March 2010

Insomnia

Insomnia boleh didefinasikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang mengalami kesulitan untuk tidur atau tidak dapat tidur dengan nyenyak. Rata rata setiap orang pernah mengalami insomnia sekali dalam hidupnya. Bahkan ada yang lebih ekstrim menyebutkan 30 – 50% populasi mengalami insomnia.

perghh...pendahuluan yg bagus untuk karangan sekolah...( puji diri sendiri )

Aku adalah salah seorang yg sedang dan telah sekian lama menghadapi masalah ini. Anda bagaimana? adakah sama seperti saya?...jika ye katakan ye jika tidak kata tidak...ape daa aku merepek ni...diamlah Rose!

Sebenarnye hampir setiap malam aku akan masuk tidur antara jam 9.30 malam atau paling lewat pun 10.00 malam ( itu kalau weekday...nak tidurkan anak, esok nak sekolah, kang tidur lambat, esok mengamuk susah nak bangun pulak, so aku amik keputusan tidur sekali )

masalah ni akan bermula apabila aku akan terjaga awal pagi antara jam 2-3 pagi camtu, n lepas tu memang dah x boleh nak tidor lagi...itu boleh dikategorikan INSOMNIA ke...tapi bila dah pukul 6 pagi waktu azan Subuh berkumandang itulah maka segala sepesis syaitan akan bergayut kat kelopak mata aku ni...memang akan rase mengantuk sangatlah...bile terlelap je memang liat nak bangun, badan akan rasa letih je....kenapa?

Tapi aku pikir jugala sekurang-kurangnye aku dapat tidor nyenyak ( itu pun kalau x de gangguan dari sesape...err maksud aku kalo anak aku nak ke tandas ke la )dari jam 10.00 p.m sampai jam 2.00 a.m tu pun dah kira ok gak kan...

entahlah..tapi nasib baik jugalah waktu di opis ni aku jarang dilanda mengantuk ( mungkin sebab ade internet kot..cube kalo x de sure ngantuk jugela...apela aku ni soal sendiri jawab sendiri...hehehe

Aku ade baca beberapa artikel tentang insomnia tentang cara mengatasinye, antaranye ialah :
1. dengan berolahraga, bersenam...kerana dengan bersenam kita dapat menjaga kesihatan badan dengan lebih baik seterusnye kurangla stress yg akan mengganggu tidur kite...so wahai Rose bersenamlah mulai esok pagi!

2. Sebelum tidor minum susu...itu memang petua ke tip ke cara yg paling baik dalam menangani masalah di atas tetapi memang amat malas dilakukan oleh diriku ini. so lu pikirla sendiri...

Cube amalkan dua tip di atas, boleh ke x, x payah nak bagi macam2 tip tapi satu pun x pakai kan....

Curik-curik

Geram betul x dapat update blog sbb kat opis ade BOSS memanjang. Time ade boss la baru idea datang la, mood pun sama-sama datangla nak bagi sokongan konon untuk sama-sama update blog yg baru setahun jagung ni ( setahun ke?... abis tu nak panggil ape...setanak nasi...adeke peribahasa tu? ). kalo tak de boss tak de pulak idea tu nak datang...cam skang nila...boss x de..tapi x tau nak tulis ape...gitula seterusnye...

Hari ni hari Jumaat kan...so ape yg boleh dibuat pada hari ini...emmmmm, bagi org Islam ia adalah 'Penghulu Segala Hari'.

Murid2 sekalian...pada hari ini kita disunatkan ( bukan sunat khatan ) sunat tu maksudnya kalo dibuat dapat pahala...ala semua org tau ni...saje je nak igt kan...cehhh.

OK la pada hari JUMAAT kita disunatkan mandi sunat...niat je mandi hari jumaat. dah dpt pahala. mcam mandi Hari Raya tula...pastu mencabut bulu-bulu yg x sedap mata org lain memandang tula...cabut ke cukur pun boleh.

pastu disunatkan juga memotong kuku,trim kuku ke apeke (agaknye kalo pegi spa hari ni pun dapat pahala kan? badan pun sihat lagi agaknye kan...bergantung pada niat la kot...so sesape nak g spa tu kene niat kerana ALLAH la )

pastu pakai baju bersih-bersih kalo ade baju baru pun elokla dipakai. Pakai yg kemas-kemas seperti mana sunnah NABI.

pastu kalo dah cun ke hensem ke disunatkan juga pakai minyak wangi jugak.

pastu kalo nak gi kerje ke sekolah ke kebun ke mestilah dengan niat kerana ALLAH. InsyaAllah kita akan mendapatkan keberkatan NYA. Amin...


notaibujari : ni baru sebahagian amalan je...banyak lagi amalan yang boleh kita buat...dah tau ni kita kena buatla yek

Tuesday, 16 March 2010

Cerita Campur-campur

Bile start cuti sekolah, Nana pun tentu akan cuti jugala...so hari ini pagi-pagi lagi Nana dah tanye aku
" Mama, Nana nak sekolah...Nana tak cuti..."
nak jawap ape ngek..aku kerutkan dahi ke arahnye, sambil tu aku berkata
" tapi sekolah Nana tutupla..cikgu x de...kawan2 Nana pun x de..."
Nana cepat2 jawab macam gini
" ala...nanti cikgu Nana datangla..."
aku yang ketika itu sedang berbaring-baring ( sebab kedua-dua anakku ni kalau nak menyusu botol mesti nak kena baring kat lengan aku kanan kiri kalau x, sanggup dia tunggu aku siap mandi ke solat ke ape-apeke sampai aku baring baru diaorang nak menyusu ). so aku segera bersiap untuk ke tempat kerja. aku terpaksa membiarkan Nana membebel mahu ke sekolah, sambil tu aku jawabla sikit2...

Kalau Nana cuti ni pukul 7.30 a.m baru gi mandi tu pun siram2 je, petang kang baru mandi lama-lama sikit.

7.45 a.m aku dah siap pakai baju dah..baju dah stand by dari malam. Iron baju seminggu sekali...hikhik bukan malas tapi dapat menjimatkan masa dan elektrik juga...

7.55 a.m dah siap nak gi kerje...sejak dah jadik mak orang ni semua benda nak kena buat cepat dan tepat..

8.05 a.m dah sampai opis dah...punch card kat opis lambat 10 minit, so belum merah lagi ( bos aku ni kedekut...pekerja cume 4 orang nak pakai punchcard...geram betul )
biasanye opismate aku dah onkan sekali PC aku, so kalau ade bos kenalah (buat-buat) buat kerje.(kalau memang ade kerje buatla). Kalau bos x de terus on YM, cek email n fb dulu...baru buat kerje selanjutnya....haaa...nila meja kerje aku...messy kan


nota ibujari...slamat berkerja di kantor ke, rumah ke, gudang ke, sawah bendang ke..dan di mana-mana juala...ingat kerje pun satu ibadat, bila ibadat jika dilaksanakan dengan tulus ikhlas n amanah akan beroleh pahala n keberkatan...INSYAALLAH.

Mukadimah

Akhirnya berjaya jugak aku mengcreate blog ini....
...yg peliknye bile blog dah ade ni...otak aku ni tak nak keluarkan ape-ape idea pulak..maybe penat belum hilang sebab asyik dok pikir nak letak tajuk apa kat blog ni kot...yelah bagi dia rest dulu...cian dia...